Total Pageviews

Wednesday 22 June 2011

HADITH MAUDHU' (Siri 5)

Nukilan:
ABU ISLAM FATHUL BARI & UMMU ISLAM SITI AISYAH

HUKUM  MERIWAYATKAN  HADITH  MAUDHU’

Perawi yang meriwayatkan hadith maudhu’ ini tidak terlepas daripada dua keadaan iaitu tidak mengetahui yang hadith yang diriwayatkan tersebut adalah hadith maudhu’ atau meriwayatkannya sedangkan beliau mengetahui yang hadith tersebut adalah hadith palsu.

Dalam keadaan pertama, perawi tersebut tidak dikira berdosa kerana jahil dengan keadaan itu walaupun dikira cuai kerana gagal mengkaji dan meneliti keadaan sebenar hadith yang diriwayatkannya.

Sebaliknya meriwayatkan hadith-hadith tersebut dan sedar serta mengetahui yang hadith tersebut adalah palsu tetapi  meriwayatkannya juga untuk menerangkan kepalsuannya, para ulama’ sependapat dalam mengharuskan periwayatannya untuk kepentingan dan kemaslahatan umat, mengelak serta menghindarkan mereka daripada bahaya hadith palsu tersebut.

Apabila meriwayatkan hadith palsu dalam keadaan tahu akan kepalsuannya,diriwayatkan juga bukan untuk tujuan menerangkan keadaannya yang sebenar, para ulama’ mengharamkan daripada meriwayatkannya dalam apa jua keadaan dan bidang sekalipun sama ada aqidah, syari’at, fadhail dan sebagainya. Malah perawi tersebut dikira telah bersubahat dan berkongsi dosanya dengan pencipta hadith palsu tersebut. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

( مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ )

Maksudnya: " Sesiapa yang menyampaikan daripadaku hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka  ia termasuk dalam kalangan pendusta ".  [1]

Al-Nawawi (w.676H) berkata: Haram meriwayatkan hadith maudhu’ bagi mereka yang mengetahui atau berat pada sangkaannya yang hadith tersebut adalah palsu. Sesiapa yang meriwayatkannya tanpa penjelasan maka ia termasuk ke dalam ancaman  Rasulullah r tersebut .[2]

Pengharaman berbohong terhadap Rasulullah SAW adalah menyeluruh, tanpa membezakan samada dalam perkara yang berkaitan dengan hukum hakam atau tidak berbentuk hukum hakam seperti targhib dan tarhib atau mawa’id dan lain-lain. Semuanya diharamkan secara ijma’, dan termasuk dalam dosa besar yang utama yang paling tercela.[3]

Al-Khatib (w.463H) pula berpendapat : Wajib bagi para muhaddithin supaya tidak meriwayatkan sebarang khabar-khabar ciptaan dan hadith-hadith yang batil lagi palsu, sesiapa sahaja yang melakukan demikian baginya dosa yang jelas dan termasuk dalam golongan pendusta .[4]

Dan berkata Al-Bukhari (w.256H) : Sesiapa yang meriwayatkan hadith maudhu' maka layaklah baginya pukulan yang kuat dan dipenjarakan.[5]

           
HUKUM  BERAMAL  DENGAN  HADITH  MAUDHU’.

Sepertimana yang diketahui mengenai hadith dhoif, di mana hadith dhoif yang tidak terdapat sokongan, statusnya tetap dhoif dan tidak boleh beramal dengannya. Dengan itu secara tersiratnya, hadith maudhu’ lebih utama dan wajar untuk tidak beramal dengannya.

Kalau meriwayatkannya pun sudah ijma’ ulama melarangkannya, apa lagi untuk diterima pakai dan beramal dengannya. Malah terdapat keterangan yang jelas tentang pengharaman beramal dengan hadith maudhu’.

Zaid bin Aslam (w.136H) berkata : Sesiapa yang beramal dengan khabar yang shahih kepalsuannya maka dia adalah khadam syaitan . [6]


KITAB-KITAB RUJUKAN HADITH MAUDHU’

  1. Al-Tazkirah Fi Al-Ahadith Al-Maudhu’ah, oleh : Abu Al-Fadhl Muhammad bin Thohir Al-Maqdisi (w.507H).

  1. Al-Abathil Wa Al-Manakir, oleh : Abu ‘Abdullah Al-Husain bin Ibrahim Al-Jauzaqani (w.543H).

  1. Al-Maudhu’at, oleh : Abu Al-Farj ‘Abdurrahman bin Al-Jauzi (w.597H).

  1. Al-‘Aqidah As-Shohihah Fi Al-Ahadith Al-Maudhu’ah As-Sorihah, oleh : 'Umar bin Badr Al-Mushili.(w.622H).

  1. Al-Mughni ‘An Al-Hifz Wa Al-Kitab, oleh : 'Umar bin Badr Al-Mushili.(w.622H).

  1. Ad-Durru Al-Multaqith Fi Tabyin Al-Ghalath Wa Nafyi Al-Laght, oleh : Al-Hassan bin Muhammad As-Shoghoni (w.650H).

  1. Al-Laalai’e Al-Masnu’ah Fi Al-Ahadith Al-Maudhu’ah, oleh : Jalaluddin As-Suyuthi (w.911H).

  1. Al-Fawa’id Al-Majmu’ah Fi Bayan Al-Ahadith Al-Maudhu’ah, oleh : Shamsuddin As-Shami (w.942H).

  1. Tanzihu As-Syari’ah Al-Marfu’ah, oleh : Abu Al-Hassan ‘Ali bin 'Arraq Al-Kinani (w.963H).

  1. Tazkiratu Al-Maudhu’at, oleh : Muhammad bin Thohir bin 'Ali Al-Hindi (w.986H).

  1. Al-Asrar Al-Marfu’ah Fi Al-Akhbar Al-Maudhu’ah, oleh : Al-Mulaa ‘Ali al-Qari (w.1014H).

  1. Al-Maudhu’ Fi Ma’rifah Al-Hadith Al-Maudhu’,oleh : Al-Mulaa ‘Ali al-Qari (w.1014H).

  1. Kashfu Al-Iltibas Fi Ma Khofiy ‘Alaa Khathiru Mina An-Naas, oleh : Ghorsuddin Al-Khalieli (w.1057H).

  1. Al-Jaddu Al-Hathith Fi Bayani Ma Laisa Min Al-Hadith, oleh : Ahmad bin Abdul Karim Al-'Amiri (w.1143).

  1. Al-Kashfu Al-Ilahi ‘An Syadid Ad-Di’fu Wa Al-Maudhu’ Wa Al-Waahi, oleh : Muhammad bin Muhammad As-Sandarusi (w.1177H).

  1. Al-Fawa’id Al-Majmu’ah Fi Al-Ahadith Al-Maudhu’ah, oleh : Muhammad ‘Ali As-Shaukaani (w.1250H).

  1. Al-Athar Al-Marfu’ah Fi Al-Ahadith Al-Maudhu’ah, oleh : Muhammad ‘Abdul Hayyi Al-Laknawi (w.1304H).

  1. Al-Lu’luu Al-Marshu’ Fi Ma Qiila Fiihi : La Asla Lahu Au Bi Aslihi Maudhu’, oleh : Muhammad bin Abi Al-Mahasin Al-Qaawaqji (w.1305H).

  1. Tahdziiru Al-Muslimin Min Al-Ahadith Al-Maudhu’ah ‘Alaa Sayyidil Al-Mursalin, oleh : Abu ‘Abdullah Muhammad Al-Basyir Zhofir Al-Azhari (w.1320H).

  1. Silsilatu Al-Ahadith Ad-Dho’ifah Wa Al-Maudhu’ah, oleh : Muhammad Nasruddin Al-Albani (w.1998M).


KITAB-KITAB RUJUKAN PERAWI YANG LEMAH

  1. Al-Majruhin, oleh : Yahya bin Ma'in (w.232H)

  1. Ad-Dhu'afa', oleh 'Ali bin Al-Madini (w.234H).

  1. Ad-Dhu'afa', oleh : Abu Hafs 'Amru bin 'Ali Al-Fallas (w.249H).

  1. Ad-Dhu'afa' Al-Kabir, oleh : Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (w.256H).

  1. Ad-Dhu'afa' As-Shighir, oleh : Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (w.256H).

  1. Ad-Dhu'afa', oleh : Abu Ishaq Ibrahim bin Ya'qub Al-Jauzajani (w.259H).

  1. Ad-Dhu'afa' Wa Al-Matrukin, oleh : Abu Abdurrahman An-Nasai'e (w.303H).

  1. Ad-Dhu'afa', oleh : Abu Yahya Zakariyya bin Yahya As-Saji (w.307H).

  1. Ad-Dhu'afa', oleh : Abu Ja'far Muhammad bin 'Amru Al-'Uqaili (w.322H).

  1. Ma'rifatu Al-Majruhin Min Al-Muhaddithin, oleh : Abu Hatim Muhammad bin Hibban (w.354H).

  1. Al-Kamil Fi Dhu'afa' Ar-Rijal, oleh : Abu Ahmad Abdullah bin 'Adi (w.365H).

  1. Ad-Dhu'afa' Wa Al-Matrukin, oleh : Abu Al-Hasan 'Ali bin 'Umar Ad-Daruquthni (w.385H).

  1. Ad-Dhu'afa', oleh : Abu Hafs 'Umar bin Ahmad bin Syahin (w.385H).

  1. Ad-Dhu'afa' Wa Al-Matrukin Wa Asama Ad-Dhu'afa Wa Al-Waddho'in, oleh : Abu Al-Farj Ibnu Al-Jauzi (w.598H).

  1. Diwan Ad-Dhu'afa' Wa Al-Matrukin, oleh : Syamsuddin Az-Dzahabi (w.748H).

  1. Al-Mughni Fi Ad-Dhu'afa', oleh : Syamsuddin Az-Dzahabi (w.748H).

  1. Mizan Al-I'tidal Fi Naqdi Ar-Rijal, oleh : Syamsuddin Az-Dzahabi (w.748H).

  1. Ad-Dhu'afa', oleh 'Ala Ad-Din 'Ali bin 'Uthman bin At-Turkumani (w.750H).

  1. Lisan Al-Mizan, oleh : Ahmad bin 'Ali bin Hajar Al-'Asqalani (w.852H)

  1. Qanun Al-Maudhu'at, oleh Muhammad Thohir Al-Hindi (w.986H).





[1] Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Muqaddimah Shahihnya. Lihat Shahih Muslim, oleh Muslim bin Hajaj, Abu al-Husain al-Qushairi (w.261H), (1/7).
[2] Lihat : Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin Al-Hajjaj, oleh Abu Zakaria Yahya bin Syarf An-Nawawi (w.676H), (1/71), Percetakan Kedua, Dar 'Ihya At-Turath Al-'Arabi –Beirut-, 1392H.
[3] Ibid.
[4] Fathul Mughith Syarh Alfiyyati Hadith, oleh Al-Sakhawi (w.902H), (1/254).
[5] Ibid.
[6] Lihat : Tazkiratu Al-Maudhu’at, oleh Muhammad bin Thohir bin 'Ali Al-Hindi (w.986H), ms.7, Percetakan Dar Ihya' At-Turath Al-'Arabi –Beirut-.

HADITH MAUDHU' (Siri 4)

Nukilan:
ABU ISLAM FATHUL BARI & UMMU ISLAM SITI AISYAH


LAFAZ YANG DIGUNAKAN TERHADAP HADITH PALSU

Pelbagai lafaz yang digunakan oleh para An-Nuqqad (pengkritik) untuk menyatakan bahawa riwayat tertentu maudhu'. Antaranya ;

1. Maudhu' (موضوع)

( مَنْ تَكَلَّمَ فِي المَسْجِدِ بِكَلامِ الدُّنْيَا، أَحْبَطَ اللهُ أَعْمَالَهُ )

Maksudnya : " Barangsiapa yang bercakap di dalam masjid tetang keduniaan, Allah akan membatalkan amalannya ".

As-Syaukani (w.1250H) telah berkata selepas mendatangkan riwayat ini [1] : Telah berkata As-Shoghoni (w.650H)[2] : Maudhu' (موضوع).

2. Tiada asal baginya (لا أصل له)

( عُقُوْلُهُنَّ فِي فُرُوْجِهِنَّ )

Maksudnya : " Akal wanita itu berada di kemaluannya ".

Ahmad bin Abdul Karim Al-'Amiri (w.1143H) telah berkata selepas mendatangkan riwayat ini : Tiada asal baginya (لا أصل له).[3]

3. Batil (باطل)

( مَنْ لَمْ يَقُلْ عَلِيٌّ خَيْرُ النَّاسِ فَقَد كَفَرَ )

Maksudnya : " Sesiapa yang tidak mengatakan 'Ali itu sebaik-baik manusia, maka dia telah kafir ".

Al-Jauzaqani (w.543H) telah berkata selepas mendatangkan riwayat ini : Batil (باطل).[4]



4. Tiada sanad baginya (لا إسناد له) atau Tidak diketahui ada sanadnya (لا أعرف له إسناد)

( خُذُوا شَطْرَ دِيْنِكُمْ عَن الحُمَيْرَاء )

Maksudnya : " Ambillah sebahagian agamamu daripada Humaira' (Aisyah Radhiyallahu 'Anha) ".

Ahmad bin Abdul Karim Al-'Amiri (w.1143H) telah menaqalkan perkataan Ibnu Hajar (w.852H) terhadap hadith ini : Aku tidak mengetahui baginya (hadith di atas) sanad (لا أعرف له إسناد).[5]

5. Tidak marfu' (ليس مرفوعا)

( أَكْرِمُوا ظُهُوْرَكُمْ ، فَإِنَّ فِيْهَا مَنَافِعُ لِلنَّاسِ )

Maksudnya : " Hormatilah belakang-belakang kamu semua, sesungguhnya padanya terdapat manfaat bagi manusia ".

Ibnu Taimiyah (w.728H) telah berkata selepas mendatangkan riwayat di atas : Aku tidak mengetahui bagi lafaz ini marfu'.[6]

6. Tidak diketahui dengan lafaz ini (لا يعرف يهذا اللفظ)

( الشَيْبُ نُوْرُ الإِيْمَانِ )

Maksudnya : " Uban itu merupakan cahaya iman ".

Ahmad bin Abdul Karim Al-'Amiri (w.1143H) telah berkata selepas mendatangkan riwayat ini : Tidak diketahui dengan lafaz ini (لا يعرف يهذا اللفظ). [7]

7. Bukan hadith (ليس بحديث)

(ذُبِحَ العِلْمُ بَيْنَ أَفْخَاذِ النِّسَاء)

Maksudnya : " Disembelih ilmu itu di celah peha-peha wanita ".

Al-'Ajluni (w.1162H) berkata : Bukan hadith (ليس بحديث).[8]


8. Bukan dari perkataan Nabi r (ليس من كلام النبي)

( المَعِدَةُ بَيْتُ الدَّاءِ وَ الحِمْيَةُ رَأْسُ الدَّوَاءِ )

Maksudnya : " Perut itu rumah penyakit, dan pantang makan itu ketua bagi segala ubat ".

Al-'Ajluni (w.1162H) berkata : Ad-Daruquthni (w.385H) mengatakan bahawa riwayat ini bukan daripada perkataan Nabi r  (ليس من كلام النبي) sebaliknya ia merupakan perkataan Abdul Malik bin Sa'id bin Al-Harith.[9]

9. Aku tidak menemuinya (لم أقف عليه)

( الدُنْيَا مَزْرَعَةُ الآخِرَةِ )

Maksudnya : " Dunia adalah tempat bercucuk tanam untuk akhirat ".

Ahmad bin Abdul Karim Al-'Amiri (w.1143H) telah berkata : As-Sakhawi (w.902H) telah menyatakan bahawa beliau tidak menemuinya (sanad) (لم أقف عليه). [10]

10. Tidak shahih (لا يصح)

( مَنْ قَالَ حِيْنَ يَسْمَعُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، مَرْحَبًا بِحَبِيْبِي، وَ قُرَّة عَيْنِيْ مُحَمَّد بِن عَبْدِ اللهِ، ثُمَّ يُقَبِّلُ إِبْهَامَيْهِ، وَ يَجْعَلُهُمَا عَلَى عَيْنَيْهِ، لَمْ يَعْمُ وَ لَمْ يَرْمُد أَبَدًا )

Maksudnya : " Barang siapa yang berkata apabila mendengar Ashhadu Anna Muhammadar Rasulullah : Marhaban bi habibi wa qurrata 'aini ; kemudian dia mencium kedua ibu jarinya, dan meletakkannya di atas kedua matanya, nescaya dia tidak akan buta dan sakit mata selamanya ".

As-Syaukani (w.1250H) telah berkata selepas mendatangkan riwayat ini [11] : Telah berkata (Ibn Thohir) di dalam At-Tazdkirah[12] : Tidak shahih (لا يصح).



[1] Al-Fawaid Al-Majmu'ah Fil Ahadith Al-Maudhu'ah, oleh As-Syaukani (w.1255H), ms.24.
[2] Di dalam kitabnya Ad-Durru Al-Multaqith Fi Tabyin Al-Ghalath Wa Nafyi Al-Laght.
[3] Al-Jaddu Al-Hathith Fi Bayani Ma Laisa Min Al-Hadith, oleh Ahmad bin Abdul Karim Al-'Amiri (w.1143), ms.83.
[4] Al-Abathil Wa Al-Manakir, oleh Abu ‘Abdullah Al-Husain bin Ibrahim Al-Jauzaqani (w.543H). ms.312, Percetakan Keempat, Dar Al-Shomi'ie –Riyadh-, 2002M.
[5]Al-Jaddu Al-Hathith Fi Bayani Ma Laisa Min Al-Hadith, oleh Ahmad bin Abdul Karim Al-'Amiri (w.1143), ms.51.
[6] Lihat Ahadis Al-Qushos, oleh Ahmad bin Abdul Halim bin Taimiyah (w.728H), ms.68. Kitab ini merupakan sebahagian daripada Majmu' Fatawa beliau, Percetakan Riyadh, Pentahqiq : Muhammad As-Shobbagh.
[7] Al-Jaddu Al-Hathith Fi Bayani Ma Laisa Min Al-Hadith, oleh Ahmad bin Abdul Karim Al-'Amiri (w.1143), ms.69.
[8] Kashful Khafa' Wa Muzilul Ilbas An Ma Ishtuhira Min Al-Ahadith 'Ala Alsinati An-Nas, oleh Ismail bin Muhammad Al-'Ajluni (w.1162H), (1/416),
[9] Ibid, (2/214).
[10] Al-Jaddu Al-Hathith Fi Bayani Ma Laisa Min Al-Hadith, oleh Ahmad bin Abdul Karim Al-'Amiri (w.1143), ms.57.
[11] Al-Fawaid Al-Majmu'ah Fil Ahadith Al-Maudhu'ah, oleh As-Syaukani (w.1255H), ms.20.
[12] Iaitu kitab Al-Tazkirah Fi Al-Ahadith Al-Maudhu’ah, oleh Abu Al-Fadhl Muhammad bin Thohir Al-Maqdisi (w.507H).